Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

Harimau Siberia
Spesies harimau ini pernah tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea, dan Mongolia. Sekarang haiwan
tersebut hanya boleh hidup bebas di Rusia, di wilayah perlindungan
kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup\
Musang Berkaki Hitam
Gorila Gunung
Jumlah
populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar,
aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah
Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya
ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.
Sand cats (kucing pasir) merupakan
satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir,
terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia
Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai
haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation
of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang
juga dikenali sebagai Kleinman’s tortoise atau Leith’s tortoise ini
dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah
pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi
tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini.
Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan
pembiakan dalam kurungan.
Sea Otter ini hampir pupus disebabkan
aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Populasi haiwan ini
di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada
awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang,
populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000
ekor.
Pika yang merupakan mamalia kecil dari
keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai
ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam
kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini
tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi.
Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan
semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada spesis haiwan ini
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari
spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang
dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai
spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti
gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini
merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun
di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara
yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut
dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana
ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut
kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska.
Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar
bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.
Berasal daripada salah satu keluarga
musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan,
binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua
tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika
Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah
mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan,
menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya
di Amerika Syarikat.
Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi, di Madagascar pastinya. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.
Merupakan salah satu daripada spesis monk
seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah
pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat
liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19,
haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh
dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New
Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo
yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu
pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat.
Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini
berada dalam ambang
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan
Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal
pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF.
Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia
dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian
Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.
Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000
ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun
panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam
kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan
haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda
harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.
ia Di buru sehingga berada dalam ambang ke pupusan pada abad ke - 19, haiwan ini kini di senaraikan sebagai spesis yang di dl di lindungi .
Spesis kangaroo pokok ini. hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan Australia , Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11000 kaki lebih .
Tidak seperti kangaroo biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan ber gayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badan nya .
Disebabkan habitatnya yang terhad, badan IUCN menganggap kangaro pokok ini berada dalam ambang kepupusan .
Kewujudan haiwan merupakan sebahagian daripada evolusi alam. Kerakusan manusia menyebabkan sebahagian besar spesies haiwan pupus begitu sahaja. Setiap detik dan saat, jumlah spesies terancam seluruh dunia meningkat disebabkan tindakan manusia memburu haiwan sekali gus menghilangkan habitat semula jadi.
Jerung
Lebih 100 juta spesies jerung dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan sirip bagi sumber makanan penduduk Asia. Persidangan Cites Mac lalu mengisytiharkan spesies jerung seperti tukul, porbeagle, tukul rata, putih dan pari manta digazet sebagai hidupan akuatik terlindung. Satu akta diwujudkan membabitkan eksport terhad dikenakan kepada pedagang.
BERUANG kUTUB
Ratusan beruang kutub menjadi buruan manusia setiap tahun untuk dieksport ke Amerika Syarikat (AS). Akan tetapi negara itu kini telah mengenakan sekatan terhadap penggemar daging beruang kutub sekali gus ia diharamkan memasuki pasaran AS. Bagaimanapun, tindakan AS dikritik Britain yang juga satu-satu negara membenarkan perdagangan daging beruang kutub.
Gajah Afrika
Tengkorak dan rangkanya ditemui di dalam hutan luar perkampungan Sounga, daerah Gamba, Gabon. Kira-kira 1.3 juta gajah dilaporkan berhabitat di Afrika dalam 1979 tetapi populasinya merudum kepada 400,000 pada hari ini. Gadingnya digemari penduduk China. Sekurang-kurangnya 25,000 dibunuh pada 2012.
- Harimau Tasmania
Haiwan ini dilaporkan pupus dalam 1930 dan foto masih disimpan di Universiti Melbourne.