Isnin, 3 Ogos 2015

Kewujudan haiwan merupakan sebahagian daripada evolusi alam. Kerakusan manusia menyebabkan sebahagian besar spesies haiwan pupus begitu sahaja. Setiap detik dan saat, jumlah spesies terancam seluruh dunia meningkat disebabkan tindakan manusia memburu haiwan sekali gus menghilangkan habitat semula jadi.

Black shrew haiwan Malaysia yang hampir pupus
Black Shrew (Tikus Hitam?) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20 - 100mm. Satu spesimen ini pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, tiada data statistik diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.







 Badak Sumatra haiwan Malaysia yang hampir pupus
Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam lingkungan 500 - 800 kg. Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan, badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.



Tapir Malayan haiwan Malaysia yang hampir pupus
Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!




Kancil haiwan Malaysia yang hampir pupus
Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiz nya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-daun. Boleh ditemui di Malaysia, Borneo dan Indonesia.



Orang Utan haiwan Malaysia yang hampir pupus
Secara asasnya terdapat 2 jenis orang utan, iaitu spesies Sumatra dan juga spesies Borneo. Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua yang paling bijak di dunia selepas manusia. Namun jumlah nya kini semakin menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.















Harimau Siberia
Spesies harimau ini pernah tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea, dan Mongolia. Sekarang haiwan tersebut hanya boleh hidup bebas di Rusia, di wilayah perlindungan kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup\


Musang Berkaki Hitam 
Haiwan ini hampir pupus di sebabkan oleh ketamakan manusia yang terus mencemarakan alam sekitar tanpa henti. Haiwan asli Amerika Utara ini kini dinyatakan sebagai mamalia paling terancam  di  AS. Jumlah musang berkaki hitam ini juga berkurangan.    





Gorila Gunung
Jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.
 
 
 

1
Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.




Egyptian Tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman’s tortoise atau Leith’s tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.




 
sea oter2
Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.




 
pika
Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada spesis haiwan ini






slow loris
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.





beluga whales
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.








ferret
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di Amerika Syarikat.









Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi, di Madagascar pastinya. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.





hawaiian sea
Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.






kang 1
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang




Iberian Lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.





giant panda
Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.



Spesis monk seal yang ma sih tinggal di duni a, anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar .

ia Di buru sehingga berada dalam ambang ke pupusan pada abad ke - 19, haiwan ini kini di senaraikan sebagai spesis yang di dl di lindungi .





Spesis kangaroo pokok ini. hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan  Australia , Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11000 kaki lebih .

Tidak seperti kangaroo biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan ber gayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badan nya  .

Disebabkan habitatnya yang terhad, badan IUCN menganggap kangaro pokok ini berada dalam ambang kepupusan .





Kewujudan haiwan merupakan sebahagian daripada evolusi alam. Kerakusan manusia menyebabkan sebahagian besar spesies haiwan pupus begitu sahaja. Setiap detik dan saat, jumlah spesies terancam seluruh dunia meningkat disebabkan tindakan manusia memburu haiwan sekali gus menghilangkan habitat semula jadi.




Ikan jerung

Jerung
Lebih 100 juta spesies jerung dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan sirip bagi sumber makanan penduduk Asia. Persidangan Cites Mac lalu mengisytiharkan spesies jerung seperti tukul, porbeagle, tukul rata, putih dan pari manta digazet sebagai hidupan akuatik terlindung. Satu akta diwujudkan membabitkan eksport terhad dikenakan kepada pedagang.





Beruang kutub



BERUANG kUTUB
Ratusan beruang kutub menjadi buruan manusia setiap tahun untuk dieksport ke Amerika Syarikat (AS). Akan tetapi negara itu kini telah mengenakan sekatan terhadap penggemar daging beruang kutub sekali gus ia diharamkan memasuki pasaran AS. Bagaimanapun, tindakan AS dikritik Britain yang juga satu-satu negara membenarkan perdagangan daging beruang kutub.










Gajah Afrika
Gajah Afrika

Tengkorak dan rangkanya ditemui di dalam hutan luar perkampungan Sounga, daerah Gamba, Gabon. Kira-kira 1.3 juta gajah dilaporkan berhabitat di Afrika dalam 1979 tetapi populasinya merudum kepada 400,000 pada hari ini. Gadingnya digemari penduduk China. Sekurang-kurangnya 25,000 dibunuh pada 2012.




Harimau Tasmania
- Harimau Tasmania

Haiwan ini dilaporkan pupus dalam 1930 dan foto masih disimpan di Universiti Melbourne.